Keadaan banjir di Segamat, Johor, pulih lebih 98 peratus, setakat ini, dengan hanya tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka.

Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, ia melibatkan kawasan Kampung Batu Badak, Gemereh, dan Kampung Sedeng. 

Sehingga kini, 74 penduduk terjejas ditempatkan di PPS Sekolah Agama Gemereh, manakala tiga penduduk terjejas di PPS Balairaya Gemereh.
 
Sementara PPS khas Dewan Serbaguna Jalan Genuang, dibuka sebagai persediaan menempatkan penduduk terjejas banjir yang didapati positif COVID 19.
 
Pihaknya akan menjalankan penilaian dalam masa terdekat bagi membuat sebarang keputusan menutup PPS terbabit.
 
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, semua 118 permohonan penyaluran bantuan pasca banjir telah diluluskan.

Ia melibatkan 22 agensi kerajaan, 52 Badan Bukan Kerajaan, 20 syarikat swasta, 11 parti politik, lapan Institusi pengajian tinggi awam, dan dua pihak persendirian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini