Sebanyak 17 kematian  direkodkan dalam kejadian banjir di Selangor.

Ia melibatkan 10 kematian di Klang, 4 kematian di Sepang dan 3 kematian di Hulu Langat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, terdapat juga kematian yang turut melibatkan sukarelawan yang bertugas di lapangan. 

Datuk Seri Amirudin berkata demikian dalam sidang media Status Terkini Banjir  Selangor di Shah Alam.

Beliau turut memaklumkan, sumbangan RM10,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terkorban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini