Banjir yang melanda Selangor setakat ini telah mengorbankan lapan nyawa.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed kematian akibat banjir itu dilaporkan di Shah Alam dengan empat kematian, Kajang (tiga) dan Sungai Buloh (satu).

Tambahnya kejadian banjir itu turut menjejaskan empat balai polis di bawah kontinjen Selangor serta kediaman melibatkan 3,330 anggota dan pegawai pasukan itu.

Sementara itu di Shah Alam, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, satu mayat lelaki ditemukan pada Sabtu dan dua lagi mayat lelaki ditemukan semalam di kawasan Taman Sri Muda.

Ketiga-tiga mangsa ditemukan di dalam air banjir, manakala mayat seorang wanita dipercayai warga Indonesia, ditemukan di sebuah rumah di bahagian tingkat atas awal pagi semalam di taman tersebut.

Beliau berkata dua lagi mayat lelaki ditemukan di Dengkil hari ini dan seorang mayat pemandu lori lelaki ditemukan di Desa Coalfields, Kuala Selangor semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini