94 rumah di 11 kampung dekat Sik, Kedah dilanda banjir selepas hujan lebat, petang semalam. 
 
Bagaimanapun, tiada Pusat Pemindahan Sementara, PPS dibuka setakat ini.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, Dewan Undangan Negeri,
DUN Belantek melibatkan jumlah paling banyak terjejas iaitu 69 rumah.
 
Ia melibatkan 15 rumah di Kampung Pinang; 13 di Pekan Sik; 11 di Kampung
Lintang 10 di Kampung Kemelong; 9 di Tanjung Setar; Kampung Belantek Luar
dan Kampung Titi Semang masing-masing empat rumah; Kampung Surau 2 dan
Kampung Landai 1.
 
Manakala bagi kawasan DUN Jeneri melibatkan 19 rumah di Kampung Charok Pelanduk dan 6 rumah di Kampung Charuk Padang.
 
Hujan lebat menyebabkan air sungai berdekatan melimpahi tebing dan memasuki rumah penduduk yang terletak berhampiran dan di kawasan yang rendah.

Beberapa jalan utama turut ditenggelami air.

Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASik) telah menghulurkan sumbangan awal berupa makanan dan wang tunai kepada penduduk terjejas banjir.
 
PUSRASik juga sedang mengumpul maklumat berkaitan jumlah sebenar penduduk terjejas akibat banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini