Susulan banjir di Terengganu.
Ia menyaksikan 170 calon SPM dari Sekolah Menengah Agama, SMA Mahmudiah dan Madrasah Moden Maidam Hulu Terengganu ditempatkan sementara di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.
EXCO Terengganu, Satiful Bahari Mamat berkata kesemua mereka dipindahkan ke dua SMA di Kuala Terengganu tadi bagi membolehkan mereka menduduki SPM yang bermula Rabu ini.