Situasi banjir di Terengganu pagi ini kekal dengan pembukaan dua pusat pemindahan Sementara, PPS di daerah Dungun. 

Menerusi kemaskini oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah terkini penduduk terjejas seramai 388 orang daripada 114 keluarga di 2 PPS.
 
PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 163 penduduk daripada
54 keluarga.
 
Manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor pula menempatkan seramai 225 penduduk daripada 60 keluarga.
 
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia masih mengekalkan amaran hujan berterusan peringkat merah di Daerah Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman sehingga semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini