Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu terus menunjukkan penurunan. Sehingga 6 pagi tadi, usat pemindahan sementara daerah Kuala Nerus telah ditutup sepenuhnya selepas Daerah Kemaman dan Kuala Terengganu ditutup pada petang semalam. Kini hanya tinggal 2,846 penduduk terjejas ditempatkan di 16 PPS berbanding 5,126 sebelumnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, ketika ini hanya dua daerah sahaja di negeri itu masih terkesan. Di Hulu Terengganu masih merekodkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 2,538 penduduk. Sementara, daerah Dungun pula masih kekal dengan 308 orang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini