Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya dengan penutupan kesemua pusat pemindahan sementara (PPS).

Dua PPS di Kemaman ditutup pukul 12 tengah hari tadi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Kuala Kemaman dan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor.

Dua PPS berkenaan dibuka Isnin lepas dan menempatkan 19 penduduk daripada lima keluarga ekoran fenomena air pasang besar.

Semua pegawai dan anggota bencana masih berada dalam kesiapsiagaan sepanjang tempoh tengkujuh.

Ketika ini, enam negeri masih terjejas banjir iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Johor dan Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini