Banjir gelombang ketiga di Terengganu telah pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata dua PPS terakhir iaitu di Pasir Raja dan
Kampung Shukor ditutup 12 tengah hari tadi.
 
Kesemua 137 penduduk terjejas banjir telah dibenarkan pulang ke kediaman masing- masing.
 
Penduduk bagaimanapun diingatkan sentiasa berwaspada kerana amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih lagi berkuasa sehingga esok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini