Pemindahan awal penduduk di Hulu Dungun ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara, PPS dijalankan bermula hari ini.

Ia sebagai persiapan awal menghadapi banjir gelombang ketiga di daerah itu.

Menurut Ketua Polis daerah Dungun, Supritenden Baharuddin Abdullah berkata, pemindahan awal dibuat susulan kenaikan paras air sungai dungun ke paras amaran. 

Jelas Supritendan Baharuddin, terdapat lebih 1,000 penduduk di enam kampung berisiko banjir di kawasan berkenaan.

Pemindahan awal itu dibuat sebagai penambahbaikan operasi banjir yang dijalankan sebelum ini.

Dan tumpuan awal pemindahan diberi kepada 11 orang kurang upaya dan warga emas.  
Terdahulu beliau meninjau penempatan penduduk dan paras air sungai dungun di kampung pasir raja, Dungun.
 
Mengulas lanjut, sebuah markas tektikal diwujudkan di kampung jongok batu bagi menempatkan tujuh aset bot milik PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini