Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Hilir Perak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkurang kepada 69 orang daripada 18 keluarga. Banjir melibatkan tiga kampung iaitu Kampung Batu 7 1/2; Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9, berpunca daripada hujan lebat pada Jumaat. Sementara jumlah mangsa banjir di daerah Kampar kekal 14 orang terdiri daripada dua buah keluarga. Penduduk dari Kampung Cabang Dua, Kuala Dipang itu ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Dipang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini