Beberapa perkhidmatan tren penumpang telah terjejas berikutan banjir dan hujan lebat luar biasa yang berterusan sejak semalam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi, Mohd Zain Mat Taha berkata, pembatalan beberapa perkhidmatan tren itu adalah demi keselamatan penumpang.

Katanya, tindakan itu dibuat selepas angin kuat telah menyebabkan pokok tumbang dan menyebabkan kerosakan kepada pencawang telekomunikasi.

Landasan di beberapa kawasan turut ditenggelami air menyebabkan kelewatan serta pembatalan perjalanan tren.

Berikutan itu, status terkini operasi tren KTMB, KTM KOMUTER dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim serta Tren dari KL Sentral menuju ke Pelabuhan Klang akan ditamatkan di Stesen Subang Jaya.

Tren ini akan berpatah balik menuju ke KL Sentral.

Tiada perkhidmatan dari Stesen Batu Tiga menuju ke Stesen Pelabuhan Klang, berikutan banjir dan tanah mendap di antara Padang Jawa dan Shah Alam.

Semua perkhidmatan ETS dan SKYPARK LINK bagaimanapun beroperasi seperti biasa.

Para penumpang yang terjejas boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh atau menukar tarikh perjalanan melalui e-wallet KITS atau di kaunter mengikut terma dan syarat ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini