Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM menyangkal dakwaan sebuah portal bahawa kerajaan tidak mempedulikan mangsa banjir Kampung Orang Asli Bukit Tadom, di Banting, Selangor.

JKM dalam kenyataan berkata, penempatan dan pengurusan mangsa banjir kampung itu pada awalnya diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tadom.

Namun katanya, selepas PPS itu dinaiki air, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan dan meminta mangsa berpindah ke PPS SK Labohan Dagang untuk keselamatan.

PKOB akur dengan keputusan penduduk Orang Asli untuk tidak berpindah ke PPS yang disediakan, sebaliknya meminta kekal berada di sekitar kampung. Susulan itu, Tadom Hill Resorts telah menyediakan khemah untuk penempatan sementara mereka.

JKM Kuala Langat kemudiannya menguruskan pendaftaran mangsa dan menyalurkan segala keperluan asas dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai.

Malah penduduk terjejas  turut menerima bantuan bekalan makanan dan barangan keperluan asas termasuk toto, kain batik, kain pelikat dan air mineral seperti yang diberikan di PPS lain.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun telah meluangkan masa di PPS tersebut dan menyerahkan bantuan kepada mangsa pada 22 Disember lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini