Perkembangan banjir di Johor.
 
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Serom Lapan, Tangkak, ditutup 11 pagi tadi, selepas keadaan banjir di kawasan terlibat, reda.
 
PPS sebelum ini menempatkan sepuluh penduduk terjejas daripada dua keluarga.
 
Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R.Vidyanathan, PPS tersebut telah beroperasi selama dua hari, selepas Kampung Parit Pulai dinaiki air.

Antara agensi terlibat pengendalian Angkatan Pertahanan Awam, Polis, Bomba dan RELA. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini