Situasi banjir di lapan negeri hari ini menyaksikan jumlah penduduk yang terjejas semakin meningkat.

Setakat jam 11.30 malam tadi, jumlah penduduk terjejas bertambah kepada 67,295 penduduk.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 467 PPS telah dibuka.

Pahang, merekodkan jumlah tertinggi dengan 37,557 penduduk dipindahkan berbanding tengah malam tadi, 19,380 penduduk.

Selangor turut merekodkan peningkatan berbanding semalam; 24,533 penduduk berlindung di 133 PPS.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini