Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
 
Demikian situasi dialami penduduk beberapa buah kampung di Daerah Kubang Pasu, Kedah apabila kediaman mereka sekali lagi dilanda banjir.

Lebih menyedihkan, banjir kali ini berlaku hanya seminggu selepas mereka baru selesai membersihkan rumah yang dinaiki air awal bulan lalu. 

Menurut mangsa banjir di PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang, Changlon, pengalaman  banjir sejak hujung bulan lalu menyebabkan mereka lebih bersedia dan sentiasa berjaga-jaga.

Enggan menanggung risiko bahaya di luar jangka, mereka dengan sendirinya berpindah ke PPS tengah malam tadi.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Leftenan Pertahanan Awam Norazian Shamsudin berkata  banjir kali ini turut melibatkan beberapa kawasan, yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir besar.

Setakat pukul 4 petang tadi, hanya PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang masih dibuka, menempatkan 43 penduduk daripada 10 keluarga. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini