Satu daripada 4 Pusat Pemindahan Sementara PPS di Kedah di tutup setakat
pukul 12 tengah hari ini.

Ia menjadikan jumlah penduduk terjejas banjir berkurangan kepada  167 orang berbanding 247 orang pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,  APM Kedah Mejar (PA)  Mohd Muaz Mohd Yusof menerusi kenyataan berkata, PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan SK Kampung Tradisi Lembah Keriang di daerah Kubang Pasu.

Satu lagi PPS di daerah yang sama iatu PPS SK Malau masih kekal menempatkan 21 orang daripada 4 keluarga.
 
Selain itu di Pendang , jumlah penduduk yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan  Sukan Tanah Merah dan di PPS Dewan Cenderawasih berkurangan daripada 151 orang kepada 146 penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini