Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia bernilai sehingga RM1,000 bakal diberikan kepada penduduk terjejas banjir.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan berkata inisiatif digerakkan dengan kerjasama syarikat automotif itu juga menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan serta kos tunda kenderaan secara percuma. 

Tiada sebarang permohonan diperlukan, pemilik kenderaan boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah syarikat automotif terlibat.

Pengurangan kos akan dipotong terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau penggantian melalui invois dikeluarkan pusat servis dan pengedar sah.

Setakat ini, hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih seribu pusat servis berdaftar di seluruh negara telah bersetuju menyertai inisiatif berkenaan.

Tarikh akhir tuntutan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia ada pada 31 Mac 2022.

Pengguna dinasihat membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar yang sah bagi mengelak sebarang kesulitan.

Sebelum ini, syarikat PERODUA dan PROTON menawarkan diskaun 50 peratus ke atas kos alat ganti.

PERODUA turut menawarkan upah kerja secara percuma. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini