Kerajaan mula menggerakkan bantuan bagi membantu penduduk terjejas banjir yang berlaku di Lembah Klang, Kuala Lumpur sejak 24 jam lalu.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam hantaran Twitter berkata, semua aset dan personel Penerangan dan agensi KKMM termasuk Komuniti Keluarga Malaysia digerakkan di kawasan terlibat dengan segera bagi membantu penduduk terjejas bersama agensi lain.

Menurut beliau penyaluran maklumat dan berita turut dipertingkat untuk membantu operasi. Dalam hantaran Twitter Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata pasukan Tentera Darat telah digerakkan ke Meru, Klang dan Bilik Gerakan Bencana Klang Panglima.

Sementara itu, dalam hantaran Twitter Menteri alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, empat sungai utama telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Batu di Sentul, Sungai Gombak di Jalan Tun Razak dan Sungai Kerayong di Razak Mansion.

Manakala Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam hantaran Twitter berkata Masjid Negeri Shah Alam telah membuka ruang bagi menempatkan orang ramai yang terkandas akibat banjir. Pengurusan Masjid Negeri katanya turut berusaha menyediakan makanan dan minuman buat mereka yang terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini