Hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat di Bosnia, memaksa sebahagian penduduk dipindahkan, serta jalan-jalan utama ditenggelami air di beberapa bahagian negara Balkan itu. 

Bekalan elektrik turut terputus, manakala sesetengah sekolah telah membatalkan kelas.

Kebanyakan bahagian di Sarajevo terputus bekalan elektrik akibat banjir di salah satu pencawang utama di pinggir bandar. 

Syarikat bekalan elektrik berkata, hujan lebat menghalang percubaan untuk menyambung bekalan elektrik semula. 

Berpuluh-puluh orang terpaksa dipindahkan dari rumah mereka di pinggir bandar Sarajevo Otes dan di bandar Konjic. 

Ramalan menyatakan, hujan akan terus turun sehingga Ahad, sekali gus meningkatkan kebimbangan berulangnya kejadian banjir terburuk pernah melanda negara itu pada 2014 yang menjejaskan kira-kira satu pertiga daripada penduduknya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini