Banjir kilat di dua daerah di Kedah iaitu di Pendang dan Pokok Sena bukan disebabkan pelepasan air empangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, kedudukan ketiga-tiga empangan di Kedah iaitu di Pedu, Muda dan Ahning masih terkawal.  

Beliau mengakui terdapat limpahan air daripada Empangan Muda.

Bagaimanapun, limpahan itu masuk ke Sungai Muda dan bukan memasuki kawasan sawah milik MADA.

Sehubungan itu, pihak MADA bertindak menutup semua saliran empangan miliknya bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Beliau ditemui media selepas taklimat dan lawatan ke Kilang Padi di Simpang Empat Alor Setar, Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini