Banjir kilat susulan hujan lebat di Ampang Jaya pada Isnin lepas dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan lebuh raya di kawasan berhampiran yang mengakibatkan tanah lumpur memasuki sungai dan saliran air.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, tanah dan lumpur daripada projek pembinaan itu menyebabkan longkang, sungai serta saliran menjadi cetek dan menyebabkan banjir.

Beliau bercakap kepada media semasa melawat penduduk terjejas di Pusat Pemindahan Sementara PPS Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lembah Jaya Utara.

Empat kawasan terlibat banjir kilat termasuk Lembah Jaya Utara, Kampung Melayu Ampang, Kuala Ampang dan Jalan Kolam Air. Menyebabkan, sejumlah 801 individu daripada 162 keluarga terjejas dipindahkan ke Dewan MPAJ.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini