Banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda timur laut Australia mengorbankan satu lagi nyawa semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat bencana itu di Queensland seramai 6 orang.

Polis memaklumkan, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun maut selepas kereta yang dinaikinya dihanyutkan banjir. Ketika pemuda terbabit cuba menyelamatkan diri untuk keluar dari keretanya, dia gagal mengapungkan diri lalu lemas.

Terdahulu pegawai cuaca memberi amaran mengenai banjir besar dengan ribut dijangka berterusan sehingga hari ini. Ini menyaksikan paras air sungai melebihi paras 21.95 meter, paling tinggi sejak 1999.

Akibat hujan berterusan juga, lebih seribu 400 kediaman di Brisbane kini berada dalam risiko dilanda banjir. Biro Meteorologi Australia telah mengeluarkan amaran banjir kepada penduduk di Queensland dan utara New South Wales susulan hujan lebat berterusan untuk tempoh 24 jam lalu.          

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini