Beberapa lokasi dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak tengah malam tadi.

Antara yang terjejas, Rumah Panjang Entebar, Kampung Tintingkah, Pasar Batu Lintang dan Lokasi Ops Benteng Batu Lintang.

Paras air sungai yang naik mendadak menyebabkan air melimpah masuk ke rumah berhampiran kawasan tersebut.

Banjir kilat juga dilapor berlaku di Kampung Baru Dayak Kejatau.

Hujan lebat turut menyebabkan berlaku rekahan tanah di kawasan letak kereta Flat Kerajaan Negeri Jalan Kedang hingga mengakibatkan beberapa kenderaan milik penghuni mengalami sedikit kerosakan.

Tanah runtuh juga berlaku di jalan Kampung Nanga San hingga menghalang laluan kenderaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini