Lebih 150 NGO menyertai pasukan agensi keselamatan dalam Misi Bantuan Banjir di kawasan Rantau Panjang, Kelantan.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata misi itu melibatkan 40 pacuan empat roda dan 10 lori yang digunakan untuk melepasi laluan ke Rantau Panjang yang dinaiki air banjir.
Selain PDRM, terdapat juga agensi keselamatan lain yang berganding bahu dalam misi ini seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat , Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Pelbagai cabaran dilalui dalam menamatkan misi itu termasuk meredah air dengan paras yang tinggi, namun hasil kecekapan dan kemahiran anggota terbabit ia dapat dilalui dengan baik.
Katanya selepas menghantar kotak bantuan kepada mangsa banjir di Pejabat Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.