Lebih RM39 juta Bantuan Wang Ihsan telah (BWI) diagihkan kepada penduduk terjejas banjir di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid berkata, bantuan tersebut diserahkan setiap hari, malah jika ada yang tidak hadir ke pusat pemberian bantuan, pihaknya akan pergi mencari bakal penerima.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang Mohd Faizal Abd Raji berkata pengagihan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan kepada penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25 yang terjejas banjir, akan selesai dalam masa terdekat.

Sehingga semalam, 2,304 ketua isi rumah telah menerima bantuan tunai daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan berjumlah RM2,000 seorang.

Mohd Faizal menjangkakan seramai 4,500 orang akan menerima bantuan yang sama hujung minggu ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini