Sepuluh orang maut selepas banjir lumpur akibat hujan lebat di barat daya Colombia melanda sebuah hotel semalam. Menurut penyelamat, sembilan orang berjaya dikeluarkan, dua daripadanya dalam keadaan serius.

Runtuhan lumpur itu berlaku pada awal pagi di Mallama, sebuah bandar berpenduduk 7,000 orang berhampiran sempadan Ecuador.

Jelas pengarah badan pengurusan bencana negara UNGRD, Jader Gaviria, lapan daripada yang maut adalah wanita, termasuk beberapa warga Venezuela. Tambahnya dipercayai ramai lagi yang masih terperangkap di dalam hotel itu ketika pasukan penyelamat cuba membersihkan lumpur yang turut menimbus jalan utama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini