Seluruh jentera Kerajaan khususnya agensi keselamatan dan kesihatan telah diarah bersedia menghadapi bencana banjir.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, Arahan Majlis Keselamatan Negara no.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara) wajib diaktifkan segera.

Ini melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Ia bagi menyusun strategi terbaik dan mengkoordinasi pelaksanaan pengurusan bencana banjir di lapangan yang berlaku dengan berkesan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini