Banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Limbang, Sarawak dilapor terkawal dan air mulai surut.

Bagaimanapun, penduduk, terutama dikawasan ulu, diingatkan agar terus berwaspada berikutan cuaca tidak menentu ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Zon 7 Balai Bomba dan Penyelamat Limbang – Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal ketika dihubungi RTM.

Jelasnya, kawasan terjejas adalah Kampung Nauran Limbang, Kampung Malagangai Limbang dan sekitar bandar Limbang.

Banjir kilat berpunca daripada hujan lebat menyebabkan air naik setinggi 0.914 meter.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini