Pasukan Bencana Istana Negara yang ditubuhkan atas cetusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengadakan misi bantuan kepada pendudukdi empat daerah di Selangor, semalam.

Menerusi Facebook rasmi Istana Negara; empat daerah berkenaan meliputi Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Pasukan Bencana Istana Negara  ditubuhkan atas cetusan idea Seri Paduka dengan tujuan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada pendudukyang telah kehilangan tempat berteduh dan mengalami kerugian besar akibat kemusnahan harta benda susulan bencana banjir.

Seri Paduka amat prihatin terhadap nasib penduduk terjejas dan amat bersimpati dengan ujian serta keperitan yang ditanggung mereka dan menzahirkan harapan semoga bantuan serta sumbangan yang dihulurkan dapat mengurangkan beban mereka.

Pasukan Bencana Istana Negara diterajui Brigeder Jeneral Datuk Mohd Zahari Yahya, yang juga merupakan Juruiring Udara kepada Al-Sultan Abdullah.

Menurut catatan itu seramai 120 pegawai dan kakitangan Istana Negara tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan berbentuk barang keperluan harian seperti kelengkapan dandanan diri; pakaian; tuala; makanan kering; dan air serta termasuk kit COVID-19.

Pasukan itu turut membantu membersihkan masjid dan kediaman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini