Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang disalurkan akan ditambah baik supaya lebih menyeluruh dan segera disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam Perutusan Khas sempena Tahun Baharu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keseluruhan pemberian tunai kepada individu yang terjejas boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah.

Malah, katanya bagi mereka yang mengalami kemusnahan rumah sama sekali, jumlah bantuan adalah jauh lebih tinggi dan boleh mencecah RM61,000.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini