Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, melawat penduduk terjejas banjir di PPS  Sekolah Jenis Kebangsaan  Cina (SJKC ) Mentakab.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk mendengar taklimat mengenai situasi semasa banjir di daerah Mentakab serta bertanya khabar penduduk terjejas banjir.

Terdapat 938 orang daripada 336 keluarga masih mendapatkan perlindungan di SJKC Mentakab ini.
 
Penduduk yang ditemui menyifatkan ini banjir yang terburuk oleh kerana air yang naik terlalu cepat.

Tiga sungai di Pahang masih berada pada paras bahaya melibatkan sungai Chenor dan
Lubuk Paku di Maran serta Sungai Kuala Chini di Pekan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini