27 keluarga yang terlibat dalam bencana banjir yang melanda sekitar Pauh, Arau pagi semalam menerima sumbangan dari Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Pauh. Mereka terdiri 14 keluarga di Kampung Felcra dan Ulu Pauh, 7 keluarga di Kampung Alor Setar, 5 keluarga di Kampung Padang Telela dan 1 lagi keluarga di Kampung Katong.

Bantuan berupa makanan asas kepada keluarga terlibat disampaikan Exco Negeri yang juga ADUN Pauh, Rozieana Ahmad.

Selain mangsa banjir, satu keluarga yang terlibat dengan kejadian pokok tumbang yang menghempap rumah didiami mereka di Kampung Alor Setar turut menerima bantuan. Sumbangan yang disalurkan sedikit sebanyak diharap dapat meringankan beban ditanggung keluarga terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini