PETRONAS menyalurkan bantuan RM400,000 kepada 1,500 penduduk terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.

Ia sebagai satu tanggungjawab sosial syarikat berkenaan bagi membantu mereka yang terjejas. 

Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, M Ahmad  Shazly Ramli berkata setiap keluarga menerima bantuan bernilai RM200  berupa bekalan makanan asas, kit penjagaan kebersihan diri dan Kad Mesra bagi pembelian di stesen PETRONAS terpilih.

Di Terengganu penerima sumbangan melibatkan penduduk di Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Kuala Nerus manakala di Kelantan ialah Jeli, Pasir Mas dan Tanah Merah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini