Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, Klang, Selangor. Beliau yang tiba sekitar jam 10.30 pagi meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu penduduk terjejas banjir.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas), Datuk Dr Latiff Ahmad dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

SK Johan Setia merupakan antara 20 PPS yang dibuka di daerah Klang. Jumlah penduduk terjejas yang ditempatkan di PPS tersebut ialah seramai 690 orang. Klang merupakan antara daerah yang terjejas teruk akibat banjir berikutan hujan lebat selama 2 hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini