Sebahagian ibu kota Bosnia, Sarajevo tenggelam akibat banjir besar setelah hujan lebat pada Jumaat dan Sabtu. Puluhan kilang di kawasan perindustrian turut ditenggelami air selepas pinggir bandar Sarajevo dilanda banjir besar hari kedua. Walaupun paras air semakin menurun, ia menyebabkan kemusnahan fizikal yang teruk kepada penduduk. Benteng di Sungai Zeljeznica dan Tilava pecah dan membanjiri ratusan rumah di kawasan itu.

Pasukan perlindungan awam dan penduduk tempatan bergelut membina benteng beg pasir untuk menghalang banjir. Fasiliti utama untuk oksigen bagi pesakit COVID-19 juga terpaksa ditutup.

Ramalan menyatakan, hujan akan terus turun sehingga hari ini, sekali gus meningkatkan kebimbangan berulangnya kejadian banjir terburuk pernah melanda negara itu pada 2014.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini