Berikutan situasi banjir semakin pulih, sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara, PPS di Segamat, Johor ditutup hari ini, melibatkan PPS Balairaya Taman Suria.

Setakat pukul 2 tengahari tadi, angka penduduk terjejas berkurang kepada 20,97 daripada 828 keluarga masih ditempatkan di 38 PPS di 4 daerah di Johor.

Segamat kekal dengan jumlah penduduk terjejas paling ramai dengan 1,110 orang daripada 299 keluarga di 19 PPS.

EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan dalam kenyataan memaklumkan, Muar pula merekodkan 10 PPS yang menempatkan 1,107 penduduk terjejas.

Manakala Tangkak, 678 penduduk masih ditempatkan di 9 PPS diikuti Batu Pahat dengan 2 PPS beroperasi, menempatkan 130 penduduk terjejas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini