Banjir semakin surut di sekolah-sekolah di Pejabat Pendidikan Baram Miri, Sarawak, pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Law Poh Kiong, sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sepiling, SK Long Ikang, Sekolah
Menengah Kebangsaan Tutoh Apoh, SK Long Panai, SK Long Teru, SK Long Bemang, SK Benawa dan SK Penghulu Baya Mallang.

Cuaca di semua sekolah terbabit juga dilaporkan cerah.

Bagaimanapun, paras air di SK Kuala Tutoh meningkat namun masih terkawal.
 
Sementara itu di Zon Operasi Feri Marudi, kenderaan kecil tidak dapat melalui kawasan tersebut, susulan paras air yang tinggi.

Setakat ini, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda sahaja.
 
Maklumat Stesen Aras Air Sungai dari Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak pada pukul 8 pagi tadi menunjukkan stesen di Long Teru dan Marudi berada pada aras bahaya.
 
Manakala stesen Benawa pada aras amaran dan stesen Kuala Tutong, Long Panai serta Beluru pada aras waspada.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini