Sembilan mayat ditemukan di sekitar Shah Alam setakat ini dipercayai korban banjir di daerah itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib, dua mayat dijumpai pada Ahad, manakala tujuh lagi semalam.

Beliau berkata semua mayat terdiri daripada tiga wanita dan enam lelaki.

Jelas beliau, dua mayat lelaki dijumpai masing-masing di lampu isyarat Kemuning Utama, Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman, Seksyen 22 pada Ahad lepas.

Semalam, dua mayat lelaki ditemukan berhampiran Subtek Bencana Seksyen 25, satu di Pekan Sri Muda dan satu lagi di bawah Lebuhraya Elite berhadapan MSU Seksyen 13.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini