Dua pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di Segamat, Johor setakat pukul 8 pagi tadi, menjadikan 9 PPS beroperasi di daerah tersebut ketika ini.
 
Ia menempatkan 603 penduduk terjejas, melibatkan 145 keluarga.

Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyanathan, antara PPS dibuka termasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun, Balai Raya Kampung Paya Lenga, dan Dewan Serbaguna Pekan Air Panas.
 
Manakala antara kawasan terlibat adalah Kampung Lembah Bakti, Kampung Pekan Air Panas dan Kampung Paya Lebar.
 
Selain itu, Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, dan Sungai Tangkak, Kampung Seri Makmur, Tangkak, berada pada paras bahaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini