Perkembangan banjir di Terengganu.
 
Setakat pukul 10 malam tadi situasi banjir di negeri itu tidak banyak berubah dan kekal seperti situasi pada lewat petang Jumaat. 
 
Antara daerah terlibat adalah Kuala Nerus, Setiu dan Besut. Menerusi kemaskini oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah terkini penduduk terjejas seramai 174 orang daripada 58 keluarga di 8 Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

Daerah Setiu kekal daerah tertinggi penduduk terjejas seramai 134 orang daripada 48 keluarga berada di 5 PPS.

Di Daerah Kuala Nerus, hanya dua PPS dibuka dan masih menempatkan seramai 30 orang daripada 6 keluarga.

Manakala di Daerah Besut, hanya satu PPS dibuka menempatkan 10 penduduk terjejas daripada 4 keluarga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini