Soal bantuan kewangan dan bantuan lain akan diuruskan kemudian. Paling penting sekarang adalah “Pindah dan Makan”.

Itu yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada media dalam sidang media khas di Pusat Kawalan Operasi Bencana Negara di Puchong, Selangor, malam tadi.

Menurut Perdana Menteri lagi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu menghantar makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara.

Selain Selangor, negeri lain terjejas banjir ialah Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. 

Talian Hotline NADMA: 03-8064 2400

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini