Bencana banjir serta taburan hujan yang tinggi di Selangor beberapa hari lalu disebabkan lekukan Tropika yang memasuki negara dan bergerak ke arah barat.

Keadaan ini menyebabkan banjir kilat di kawasan sekitar.

Jelas Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah ; pihaknya telah mengeluarkan amaran awal peringkat waspada kemudian ditukar ke peringkat bahaya apabila hujan berterusan tanpa henti di negeri terbabit.

MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak.

Dijangka berlaku hujan berterusan dan angin kencang di negeri utara Semenanjung serta mengakibatkan banjir di kawasan rendah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini