Hujan lebat selama tiga hari berturut-turut mengakibatkan tanah runtuh dan banjir di Sao Paulo, Brazil meragut nyawa sekurang-kurangnya 18 orang termasuk tujuh kanak-kanak.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam kerajaan negeri, cuaca buruk sejak Jumaat hingga semalam itu turut menyebabkan lebih 500 orang kehilangan tempat tinggal atau dipindahkan.

Gabenor Joao Doria telah mengumumkan peruntukan 15 juta reales bagi membantu 10 bandar paling terjejas dan 645 perbandaran di negeri berpenduduk paling padat di Brazil, dengan 46 juta penduduk.

Menurut Jabatan Pertahanan Awam, sembilan penduduk cederamanakala lima lagi mangsa hilang.

Sebuah balai polis dan jejambat di perbandaran Franco da Rocha turut dinaiki air.

Hujan lebat dilaporkan di bandar Sao Paulo yang mempunyai 12 juta penduduk namun tiada musibah besar dilaporkan.

Brazil terjejas teruk akibat beberapa bencana alam sejak musim hujan bermula Oktober lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini