Perkembangan semasa banjir di Terengganu.

Ketika ini, banjir yang melanda negeri tersebut pulih sepenuhnya hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kemaman ditutup secara berperingkat bermula 9 pagi tadi.

PPS terakhir iaitu di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor, Kemaman ditutup pada 12 tengah hari.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu Rosli Zakaria pula memaklumkan cuaca baik tanpa hujan lebat berterusan di keseluruhan negeri sejak semalam dijangka berlanjutan untuk tempoh seminggu lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini