Hampir 40 pesawah resah memikirkan banjir ‘termenung’ yang menenggelami 156 hektar sawah milik mereka di Kampung Tersang dan Kampung Luar, Gual Periok sejak dua minggu lalu.

Banjir termenung itu adalah kali pertama berlaku walaupun kawasan berkenaan menjadi lokasi bah hampir setiap tahun, dipercayai disebabkan pembinaan projek tebatan banjir di lokasi berdekatan.

Menurut Ketua Unit (pesawah) Kampung Luar,  Azli Jaafar, keadaan itu membimbangkan kumpulan pesawah yang sepatutnya mula menanam padi pada awal Januari, terpaksa ditunda sehingga Mac atau April tahun hadapan.

Kini masalah baharu timbul pula apabila berlaku banjir termenung ekoran hujan dua minggu lalu dan keadaan ini dibimbangi akan mengganggu proses menanam pada masa akan datang. 

Turut terjejas, pemilik ladang kelapa, Che Nazir Che Soh, 62 tahun yang mengakui kerugian sebanyak RM30,000 jika masalah banjir termenung tidak diselesaikan segera.

Golongan pesawah tidak menolak sebarang pembangunan malah menerima baik, tetapi ia perlu dirancang sebaiknya supaya tidak memberi kesan negatif
kepada mana-mana pihak.

Sementara itu, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rantau Panjang, Johari Rashid, berkata perbincangan akan dibuat dengan agensi berkaitan bagi membantu pesawah kerana difahamkan sawah berkenaan merupakan satu-satunya punca pendapatan mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini