Bencana banjir yang melanda beberapa negeri tidak menjejaskan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun ini.

Justeru, Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) mengekalkan sasaran KDNK pada enam peratus.

Ketua Ahli Ekonominya, Suhaimi Ilias optimis aktiviti pembuatan tidak terganggu berikutan banjir yang berlaku.

Suhaimi berkata demikian dalam Tinjauan Ekonomi Malaysia Maybank IB secara dalam talian.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, mengikut anggaran industri insurans, tuntutan berkaitan kerosakan banjir adalah sekitar RM3 bilion.

Manakala kerosakan terutamanya kepada isi rumah yang berkemungkinan tidak diinsuranskan, kira-kira RM1.5 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini