Tiga maut dalam kejadian hujan lebat yang mengakibatkan banjir di selatan Mesir.

Manakala, 500 lagi dimasukkan ke hospital selepas disengat kala jengking.

Kesemua mereka kemudian dibenarkan pulang selepas disuntik dos antibisa.

Ribut yang melanda wilayah Aswan itu menyebabkan kala jengking keluar dari habitatnya dan ke kawasan kediaman untuk berlindung.

Menurut Gabenor Aswan, Mejar Jeneral Ashraf Attia, banjir buruk turut memaksa pihak berkuasa menutup sekolah.

Bencana turut merosakkan banyak harta benda seperti jalan raya, rumah dan ladang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini