Bank akan terus menyediakan pakej bantuan termasuk pengurangan bayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan peminjam.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, permohonan moratorium di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) masih dibuka kepada peminjam yang memerlukan dan mereka hanya perlu menghubungi bank masing-masing.

Peminjam juga boleh memohon pelbagai program bantuan disediakan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Antaranya, Program Pengurusan Hutang, Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Skim Sokongan Daya Tahan Kewangan.

Beliau turut menjelaskan, Skim Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) telah diperkenal pada 14 Oktober lepas bagi membantu peminjam B50 yang masih terkesan akibat pandemik.

Peminjam yang memenuhi syarat akan memperoleh pengecualian faedah selama tiga bulan dan pilihan untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman sehingga 24 bulan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini