Persatuan PKS Malaysia menggesa bank komersial  tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang gagal membayar balik pinjaman mereka, kesan daripada pandemik COVID-19.

Dalam kenyataan hari ini, persatuan itu berkata kebanyakan perniagaan hampir tidak dapat bertahan atau cuba memperbaiki aliran tunai mereka.

Menurut kenyataan itu lagi,  PKS perlu diberikan peluang yang sama bagi membolehkan mereka pulih dan menyumbang secara positif kepada ekonomi sebenar dan pasaran kewangan.

Pembukaan semula aktiviti ekonomi pada pertengahan Ogos telah menambah baik sentimen perniagaan.

Tempoh itu menggalakkan perniagaan untuk pulih, meningkatkan pekerjaan, dan merangsang pertumbuhan.

Presiden kebangsaan persatuan itu,  Ding Hong Sing berkata penangguhan kepada PKS secara keseluruhannya akan menyumbang secara positif kepada ekonomi sebenar, pasaran kewangan, dan institusi kewangan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini